
BENTONG - Kira-kira 6,000 penduduk di Bukit Tinggi dan Janda Baik di sini, gempar apabila dikejutkan dengan lapan kejadian gempa kecil berukuran 1 hingga 2.8 pada skala Richter pada pukul 5.45 pagi hingga 12.04 tengah hari semalam.
Walaupun kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan namun, gempa tersebut telah menyebabkan penduduk di dua kawasan berkenaan panik kerana kekuatan gempa kali ini lebih kuat berbanding sebelum ini.
Gegaran pertama yang direkodkan oleh Balai Polis Bukit Tinggi pada pukul 5.45 pagi sebelum diikuti enam gegaran yang berlaku selang 15 minit dengan gegaran terakhir direkodkan pada pukul 12.04 tengah hari.
Seorang penduduk, Leong Kai Seng, 43, memberitahu, dia terjaga daripada tidur apabila berasa tempat tidurnya bergoyang dan disusuli dengan bunyi kuat seperti letupan bom.
"Selepas itu rumah saya bergegar dan saya terus bangun serta kejutkan keluarga sebagai langkah berjaga-jaga.
"Saya tidak menyangka gegaran kali ini berlaku banyak kali dan berlanjutan sehingga tengah hari," ceritanya yang menetap di Kampung Bukit Tinggi sejak 40 tahun lalu.
Rahsia Cantik Menawan Dalam 3 Minit said...
ReplyDeleteRAHSIA MENJADI CANTIK DAN MENAWAN DALAM 3 MINIT. ANDA INGIN TAHU APAKAH RAHSIANYA ? LAYARI BLOG INI ATAU KLIK TULISAN BERWARNA BIRU DI ATAS:-
http://cantikmenawan3minit.blogspot.com/