Saturday, October 10, 2009

Pelakon tu berkasih dengan bekas kekasih pengurus

Laa.... kecilnya dunia apabila bercakap pasal cinta ni. Macam ini kisahnya. Ada seorang pelakon baru tu pernah berkasih mesra dengan pengurusnya sendiri. Sekarang pengurs tersebut tidak lagi menjaganya. Bukan sahaja tidak menjaga aktiviti seni dia, tapi turut tidak menjaga hati dia.

Mereka dah putus cintalah senang cakap. Tapi tidak ada pula bergaduh. Mungkin sebab berasakan tidak wujud keserasian di antara mereka.

Sekarang pelakon itu dah ada buah hati baru yang berduitlah juga kiranya sebab dia tu bisnesman. Nak tahu siapa bisnesman tu? Bisnesman tu sebenarnya bekas buah hati pengurus dia tulah. Laa... itu macam ka?

Pelik ke? Lu fikirlah sendiri... Ada sedikit kesongsangan dalam kisah cinta mereka bertiga.

Masing masing tak tahu pun pada awalnya kerana bisnesman muda tu dah lama putus hubungan dengan pengurus pelakon itu.

Macam mana tu? Kan dah kata tadi dunia ini sempit. Nak buat macam mana. Tunggulah apa pula kesudahan cinta baru pelakon tu ya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: