Tuesday, October 6, 2009

Pattinson balik bersama Kristen


PATTINSON (kanan) dan Kristen keluar dari sebuah restoran di Vancouver, Kanada pada Sabtu lalu.


VANCOUVER - Pelakon terkenal, Robert Pattinson dan kekasihnya, aktres Kristen Stewart kembali ke hotel bersama-sama selepas mereka makan malam di sini pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Pattinson yang pernah berlakon dalam filem Harry Potter makan malam bersama dengan beberapa krew filem The Twilight di sebuah restoran di sini.

Pattinson memakai topi putih besbol dan jaket kulit manakala Kristen yang berpakaian jaket gelap cuba tidak menonjolkan diri mereka semasa berada di restoran tersebut.

Namun, kereta yang dinaiki mereka diekori oleh paparazi sehingga ke hotel penginapan.

Kedua-dua selebriti itu berada di Vancouver bagi menjalani penggambaran filem ketiga The Twilight yang dijangka menemui penonton pada musim panas tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: