
XPAX, Celcom (Malaysia) Berhad yang merupakan jenama utama prabayar untuk golongan remaja bersiap sedia untuk mengadakan parti XBerry. Jemputan eksklusif melalui e-mel untuk menghadiri parti itu telah pun dikirim kepada pengguna prabayar Xpax. Parti itu berlangsung esok (10 Oktober 2009), mulai pukul 7.30 petang di Republic, Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor.
Menurut kenyataan Celcom (Malaysia) Berhad, sebanyak 500 pengguna yang telah mendaftar awal akan menikmati harga tawaran RM888 seunit untuk memiliki telefon bimbit BlackBerry® Curve™ 8520 sebaik sahaja mereka tiba di majlis parti XBerry tersebut.
Selain harga diskaun itu, 500 pengguna terawal itu turut layak menikmati kemudahan seperti akses satu bulan percuma untuk perkhidmatan Internet BlackBerry, edisi khas reka bentuk penutup BlackBerry, sarung kulit BlackBerry atau pengecas BlackBerry.
Turut menceriakan parti itu adalah persembahan daripada Twilight Action Girl, Joe Flizzow, Arabyrd dan Pop Shuvit. Cabutan nombor bertuah yang menawarkan hadiah telefon bimbit BlackBerry juga akan diadakan. Pemenang bertuah berpeluang menerima hadiah BlackBerry Storm, Bold, Curve 8520 atau Curve 8900.
Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom (Malaysia) Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata: "Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Xpax meningkat begitu pantas dalam segmen remaja. Kami melihatnya sebagai satu mesej bahawa kami perlu memenangi pasaran remaja.
"Dengan mengaitkannya dengan rangkaian sosial dan budaya menghantar mesej segera yang begitu digilai remaja hari ini, Xpax belajar lebih lanjut mengenai keperluan pengguna muda."

Xpax adalah jenama prabayar Celcom (Malaysia) Berhad. Jumlah terkini pengguna prabayar Celcom adalah kira-kira tujuh juta orang.
Ia boleh didapati di 44 buah outlet Blue Cube yang terpilih di seluruh negara mulai 10 Oktober ini. Selain itu, BlackBerry® Curve™ 8520 juga akan menawarkan pakej berpatutan kepada pengguna prabayar dan pasca bayar. Tawaran itu adalah seperti berikut:
Pakej prabayar:
Kadar Pelan Diperoleh
RM1/hari BIS Pelan Sosial, 10 Oktober 2009
RM2.50/hari BIS Tanpa Had 2G, 10 Oktober 2009
RM3.50/hari BIS Tanpa Had 3G TBA
Pakej Pasca Bayar:
Celcom turut memperkenalkan pelan baru tanpa had Blackberry untuk memenuhi keperluan pengguna yang tidak menggunakan peranti 3G Blackberry terutama siri Curve. Pengguna berpeluang menikmati akses tanpa had perkhidmatan Blackberry melalui rangkaian Celcom's Edge/GPRS pada harga serendah RM68 sebulan. Bayaran sebanyak RM300 perlu dijelaskan oleh pengguna baru dan sebanyak RM50 akan dibayar balik (rebet) dalam enam bil pengguna.
Menerusi pakej yang ditawarkan itu, pengguna boleh berhubung dengan sesiapa sahaja di mana jua pada setiap masa. Dengan aplikasi mesej segera seperti Windows Live Messenger, Google Talk, Yahoo! Messenger dan ICQ yang sedia digunakan, pengguna juga boleh bersembang dengan sesiapa sahaja dari mana-mana lokasi sekali gus mengekalkan hubungan dengan teman sosial dan kerjaya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: