Saturday, October 17, 2009

Paquin, Moyer di layar perak


ANNA PAQUIN


DRAMA bersiri, True Blood yang disiarkan menerusi saluran HBO ternyata telah melonjakkan nama Anna Paquin dan Stephen Moyer.

Siapa sangka, musim pertama siri itu telah mencapai rating yang cukup luar biasa sehingga mencetuskan fenomena baru dalam penerbitan televisyen di Hollwyood.

Memegang watak sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri tersebut juga telah memercik perasaan cinta terhadap mereka sehingga menjadi pasangan kekasih.

Dalam True Blood, Moyer memegang watak sebagai pontianak yang hidup beratus tahun dan kemudiannya jatuh cinta dengan seorang manusia biasa yang dilakonkan oleh Paquin.

Keserasian itu juga telah berupaya memercik cinta antara mereka sehingga mengikat tali pertunangan.

Juga dikhabarkan, mereka akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Sebelum bergelar suami isteri, Paquin dan Moyer sudah pun mengesahkan penglibatan mereka dalam sebuah filem seram berjudul Open House yang bakal menjalani penggambaran tidak berapa lagi.

Filem yang diarahkan oleh abang Paquin iaitu Andrew Paquin itu mengisahkan bagaimana sepasang suami isteri yang tidak mengetahui bahawa ada penghuni lain di rumah mewah yang baru sahaja dibeli.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: