Monday, October 12, 2009

Ozzy Osbourne hidap HIV?


OZZY OSBOURNE


Betapa terkejutnya Ozzy Osbourne saat diberitahu oleh doktor bahawa dia positif mengidap virus HIV. Bagaimanapun hasil pemeriksaan itu ternyata salah dan Ozzy akhirnya menghembuskan nafas lega.

Apa pun, rocker veteran itu sempat mengalami perasaan tertekan saat menerima berita itu buat kali pertama.

"Saya sempat pergi ke klinik dan melakukan ujian AIDS. Tidak lama selepas ujian doktor mengesahkan yang saya positif menghidap HIV. Itu adalah hari terburuk dalam hidup saya," ungkap vokalis kumpulan Black Sabbath itu kepada Music-News.

Ozzy terpinga-pinga dengan keputusan ujian itu pada mulanya kerana menyedari dia sudah lama meninggalkan gaya hidup negatif ketika masih aktif di Black Sabbath.

"Dulu saya sering mabuk dan terlibat dengan penagihan dadah. Disebabkan terlalu banyak mengambil minuman alkohol dan menggunakan ubat-ubatan, sistem imunisasi tubuh saya menurun," ujar Ozzy yang kini berusia 60 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: