
Greenbelt 5, Makati semalam.

MANILA - Satu kejadian tembakan antara polis dengan sekumpulan perompak bertopeng berlaku di pusat beli-belah Greenbelt 5 di Makati, Filipina semalam menyebabkan orang ramai berlari bagi menyelamatkan diri.
Menurut beberapa saksi, salah seorang daripada perompak itu yang menyamar sebagai anggota pasukan pemusnah bom mati ditembak polis.
Sebahagian pembeli turut mendapatkan perlindungan di dalam beberapa buah kedai dan restoran semasa kejadian rompakan sebuah kedai jam itu berlaku.

Seorang pegawai polis Makati, Jaime Calungsod berkata, pasukan komando elit polis Filipina berbalas tembakan bersama kumpulan perompak tersebut.
Menurutnya, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kumpulan suspek itu terdiri daripada 11 orang termasuk salah seorang daripadanya wanita.
"Seorang suspek rompakan yang terlibat turut terbunuh. Namun identiti suspek masih tidak dikenal pasti," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: