![]() |
| NASHA |
![]() |
| ABDUL AZIZ |
KUALA LUMPUR - Seorang guru silat yang menyaman fitnah anak kandungnya, aktres dan model terkenal Nasha Aziz memohon supaya Mahkamah Tinggi di sini semalam memasukkan penghakiman berikutan Nasha dan peguamnya gagal hadir bagi perbicaraan kes itu semalam.
Peguam M. Visvanathan yang mewakili Abdul Aziz Mohd. Ali selaku plaintif dalam kes tersebut membuat permohonan itu atas alasan Nasha seperti tidak berminat untuk mempertahankan dirinya dalam kes saman tersebut.
Sehubungan itu, Hakim Datuk Abdul Wahab Patail menetapkan Jumaat ini bagi keputusan permohonan selain mengarahkan plaintif mengemukakan hujahan bertulis hari ini bagi menyokong permohonan itu.
Terdahulu, Visvanathan memaklumkan, ketika pengurusan kes pada Mac lalu, peguam Rashid Mokhtar yang mewakili Nasha hadir dan bersetuju dengan tarikh semalam yang ditetapkan untuk mendengar keterangan saksi.
Pada 5 April 2005, Abdul Aziz, 61, menyaman Nasha, 38, atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz untuk menuntut ganti rugi atas dakwaan mengeluarkan perkataan fitnah melalui artikel bertajuk Jangan Tanya Hal Peribadi.
Plaintif mendakwa artikel yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 24 Oktober 2004 itu membawa maksud beliau bukan bapa kandung Nasha dan telah meninggal dunia.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: