Monday, October 5, 2009

Modal lebih RM100 juta ghaib - 11 koperasi auta ligat gelap duit


KERATAN Kosmo! 28 Julai.





KUALA LUMPUR - Hassan (bukan nama sebenar) teringin untuk cepat kaya dan apabila koperasi yang disertainya menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lapan hingga 12 peratus sebulan, dia tanpa ragu-ragu terus melabur RM5,000 dalam skim itu.

Tunggu punya tunggu namun Hassan akhirnya mendapati rupa-rupanya dia ditipu.

Bukan setakat wang pulangan malah pelaburan pokok pun ghaib begitu sahaja.

"Serbu pejabat, pejabat kosong dan akhirnya saya dan rakan-rakan berputih mata," ujarnya kepada Kosmo! tetapi enggan gambarnya dirakam di sini baru-baru ini.

Hassan merupakan antara lebih 5,000 orang yang terpaksa berputih mata apabila duit pelaburan mereka lesap begitu saja.

Lebih parah apabila sebahagian besar daripada pelabur yang tertipu membuat pinjaman bank untuk melabur lebih banyak bagi mendapat ganjaran lebih.

Mengulas senario itu, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Mangsor Saad (gambar) berkata, apa yang berlaku merupakan taktik 'koperasi auta' di negara ini.

"Modal sedikit ganjaran tinggi, siapa tidak gelap mata? Itu taktik yang digunakan oleh kebanyakan koperasi auta yang bijak mencari peluang untuk mengaburi mata orang ramai," ujarnya.

Pada pertemuan dengan Kosmo! baru-baru ini, Mangsor mendedahkan, bukan satu atau dua 'koperasi auta' dikesan wujud selama ini malah menurut statistik SKM, sebanyak 11 buah koperasi telah dikenal pasti menggunakan taktik tersebut.

Katanya, kerugian yang dialami pelabur daripada 11 buah koperasi auta yang menjalankan kegiatan penipuan mencecah lebih RM100 juta.

Menurut Mangsor, jumlah pelabur itu pula bukan kecil malah dipercayai membabitkan lebih 5,000 orang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: