Thursday, October 8, 2009

Misha, Tomok di final Kosmo! Futsal


40 WINKS


SELEPAS lima bulan mencari juara Kosmo! Varsiti Futsal, kejohanan futsal berprestij di kalangan siswa universiti itu bakal menutup tirai edisi kelimanya Ahad ini.

Yang pasti, Kejohanan Akhir Kosmo! Varsiti Futsal 2009 yang bakal bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi itu bakal hangat bukan sahaja dengan aksi sengit pasukan bertanding tetapi juga penampilan artis yang diundang khas membuat persembahan.

Kejohanan yang ditaja oleh syarikat telekomunikasi DiGi itu bakal menyediakan satu slot khas dinamakan DiGi Music Showcase yang menggabungkan penyanyi dan band indie popular.


LOVE AS ARSON


Antara selebriti yang akan tampil memeriahkan final Kosmo! Varsiti Futsal ialah Misha Omar, Tomok, Monoloque, kumpulan Love As Arson dan 40 Winks.

Dengan aksi futsal akan dimulakan seawal 9 pagi, DiGi Music Showcase akan mengegarkan Dectar bermula pada pukul 2.30 petang.


MISHA


Penyanyi Monoloque serta band indie Love As Arson dan 40 Winks akan terlebih dahulu beraksi di pentas itu dengan lagu-lagu popular mereka.

Love As Arson sebenarnya bukanlah nama baru di pentas band indie memandangkan ia ditubuhkan sejak tahun 2005. Bagaimanapun, membawakan lagu bergenre hardcore, Love As Arson hanya mula meraih perhatian apabila lagu And They Fall For Australis menjadi hit pada tahun 2007.

Menampilkan kepelbagaian pada persembahan DiGi Music Showcase nanti, 40 Winks pula merupakan sebuah band unik menggabungkan ska dengan variasi muzik lain seperti jazz dan latin.


TOMOK


Monoloque atau lebih mesra dipanggil LoQue merupakan salah seorang pengasas band terkenal Butterfingers. LoQue yang juga seorang komposer dan penulis lirik menghasilkan banyak lagu seperti Jika Aku Seorang Robot, Rindu Dendam, Pecah Amanah dan Chinta.

Tomok yang juga juara One In A Million 3 (OIAM3) tidak ketinggalan memeriahkan Dectar dengan dua buah lagu popularnya termasuklah Rinduku Terhenti.

Penutup pentas DiGi Music Showcase tentunya penyanyi terkenal Misha. Bintang muda yang pernah menjuarai Juara Lagu menerusi lagu Bunga Bunga Cinta itu akan mempersembahkan dua buah lagu.

Bagi peminat futsal mahupun penyanyi popular itu, jangan lepaskan peluang untuk berada di Dectar UKM, Bangi Ahad ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: