
AZIZAN (dua dari kanan) menyempurnakan majlis perasmian restoran Pizza Hut dan KFC sambil disaksikan Muhammad Ali (dua dari kiri) di Alor Setar semalam.
ALOR SETAR - KFC Holdings (Malaysia) Bhd. (KFCH) akan membuka dua buah restoran KFC di Mumbai menjelang hujung tahun ini ke arah memperluaskan rangkaian restoran itu di luar negara.
Pengerusi KFCH, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, tahun depan syarikat merancang membuka 10 buah lagi restoran di bandar sama dan Pune yang terletak di Maharashta dengan nilai pelaburan RM35 juta.
"Restoran KFC sudah berada di Kemboja dan menjelang akhir tahun ini dan tahun depan kita akan memperluaskan rangkaian perniagaan di India pula.
"Restoran tersebut akan menjadi antara restoran halal di kedua-dua bandar itu yang mempunyai jumlah penduduk sekitar 28 juta orang," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis perasmian restoran Pizza Hut dan KFC di Limbong Kapal di sini yang menjadi restoran berkembar pertama di Kedah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: