SINGAPURA - Mahkamah Rayuan Singapura semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati majalah Far Eastern Economic Review (FEER) bersalah kerana memfitnah Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan anaknya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Panel tiga hakim mahkamah tertinggi Singapura itu menolak usaha FEER dan pengarangnya, Hugo Restall yang didapati bersalah pada September 2008.
Mahkamah akan bersidang pada satu tarikh lain untuk memutuskan jumlah pampasan yang perlu diberikan kepada Kuan Yew dan Hsien Loong.
Majalah FEER yang dijadual ditamatkan operasi pada Disember ini merupakan majalah bisnes dan ekonomi yang terkenal tetapi jualannya terjejas akibat kewujudan Internet.
Mahkamah Rayuan berkata, panel bersetuju dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap satu artikel FEER yang diterbitkan pada 2006 berdasarkan wawancara dengan pemimpin pembangkang, Chee Soon Juan.
Peguam FEER, Peter Low berkata, tidak ada arahan baru yang diberikan oleh anak guamnya berhubung keputusan tersebut.
Pemilik FEER, Dow Jones and Co. enggan mengulas mengenai keputusan mahkamah itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: