![]() |
| David Letterman |
LOS ANGELES 2 Okt. – David Letterman (gambar) semalam mengakui mempunyai hubungan seks dengan beberapa kakitangan wanitanya dan memberitahu telah diugut berhubung skandal tersebut.
Ketika pengambaran rancangan lewat malam CBS di New York, Letterman berkata, dia telah menerima ancaman sama ada membayar wang sebanyak AS$2 juta (RM7 juta) atau hubungan sulitnya itu dibongkar kepada umum.
Katanya, dia telah merujuk kes berkenaan kepada pejabat peguam daerah Manhattan dan siasatan telah pun berakhir dengan tertangkapnya penjenayah itu semalam.
Sebagai sebahagian daripada siasatan, Letterman telah mengeluarkan cek palsu bernilai AS$2 juta (RM7 juta) kepada penjenayah tersebut dan tangkapan dibuat berdasarkan keterangan Letterman.
“Pagi ini, saya lakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat sepanjang hidup saya, Saya pergi ke pusat bandar dan memberi keterangan,” katanya.
Ditanya sama ada ia akan memalukannya jika dihebohkan kepada umum, Letterman mengaku, mungkin ia akan memalukannya.
“Saya perlu melindungi wanita-wanita itu dan sudah pasti saya perlu melindungi keluarga saya,” jelas Letterman.
Letterman dan Regina Lasko yang telah lama bercinta, berkahwin pada Mac lalu. Pasangan itu mula berkawan pada 1986 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Hary pada November 2003.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: