Monday, October 12, 2009

Lelaki hilang ditemui jatuh hotel


ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang terjatuh di tingkat enam sebuah hotel di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tanda tanya mengenai seorang lelaki yang menghilangkan diri ketika bermain snuker di sebuah hotel di Jalan Klang Lama di sini semalam terjawab apabila dia ditemui mati selepas terjatuh di tingkat enam hotel tersebut.

Sebelum kejadian pada pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 28 tahun bersama seorang adiknya lelakinya pergi ke pusat snuker yang terletak di tingkat tiga hotel tersebut.

Difahamkan, adik mangsa yang leka bermain snuker tidak menyedari mangsa keluar dari bilik tersebut sebelum mencarinya di kawasan sekitar bangunan 23 tingkat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mayat mangsa ditemui oleh seorang tukang cuci dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di dalam bilik stor di tingkat enam.

"Mangsa dipercayai jatuh dari aras yang lebih tinggi sebelum terkena pada bumbung dan terhempas di lantai aras tersebut.

"Pemeriksaan awal mendapati mangsa yang tidak bekerja dan dipercayai menghidap penyakit mental itu mengalami cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian,'' katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: