GEORGE TOWN - Polis menahan 27 wanita warga China bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) bersama seorang wanita dipercayai 'ibu ayam' dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat karaoke di Jalan Anson di sini malam semalam.
Dua lelaki dipercayai 'tonto' turut ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri kira-kira pukul 8 malam itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tuanku Said berkata, sepuluh pekerja pusat hiburan itu serta 20 pelanggan yang sedang berseronok bersama pasangan GRO masing-masing juga ditahan ketika serbuan.
Beliau memberitahu, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.
Katanya, siasatan awal polis mendapati wanita terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an menyalah guna pas lawatan sosial dan visa waktu ketibaan (VOA) masing-masing dengan bekerja di pusat hiburan berkenaan secara haram.
"Siasatan juga mendapati pusat karaoke tersebut pernah diserbu lebih 10 kali tetapi masih lagi menjalankan kegiatan maksiat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: