Saturday, October 17, 2009

La Toya takut terima nasib seperti MJ

La Toya amat takut kerana terlalu 'berterus-terang' mengeluarkan komen dan risau akan menjadi 'mangsa' seterusnya

LA Toya Jackson akui takut dirinya akan menerima 'nasib' yang sama seperti Michael Jackson (MJ) kerana dia mengetahui terlalu banyak perkara tentang kematian adiknya itu.

La Toya sebelum ini telah mendedahkan pandangannya berhubung kematian MJ dan ketika ini dia amat takut kerana terlalu 'berterus-terang' mengeluarkan komen dan risau akan menjadi 'mangsa' seterusnya.

Kenalan kepada keluarga tersebut mendakwa, La Toya percaya dia telah menjadi sasaran oleh orang yang sama terbabit di dalam 'pembunuhan' Raja Pop itu./

"Dia yakin mereka membunuh Michael dan tidak ragu-ragu mengatakan bahawa mereka juga akan membunuhnya. Katanya, terlalu ramai yang akan 'rugi' jika kebenaran terungkai. Dia amat takut dengan kehidupannya.

"Dia hanya pergi ke tempat yang ramai orang dan enggan pergi ke pasaraya di waktu malam," ujar 'orang dalam' itu kepada tabloid The Globe yang tidak mendedahkan namanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: