
Program berita Khabar Haji akan mula menemui para penonton di saluran Astro Oasis (Saluran 106) pada setiap hari, jam 10 malam bermula dari 7 November sehingga 30 November 2009. Berita ini akan diulang tayang pada hari yang sama sebanyak dua kali iaitu pada jam 8 pagi dan 2 petang dalam tempoh 24 jam yang sama.
Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah berkata: “Kami berasa amat bangga apabila Astro Oasis diberi peluang untuk bekerjasama dengan stesen TV Arab Saudi iaitu Iqraa TV untuk menyiarkan berita yang akan dikendalikan sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu. Berita baik ini juga menandakan bahawa program berita yang julung-julung kali diadakan ini juga dapat disaksikan oleh jemaah Malaysia serta penonton di Arab Saudi melalui sari kata yang akan disediakan."
Menurutnya, program berita dan hal ehwal semasa ini juga boleh disaksikan oleh pelanggan bukan sahaja di Malaysia malah di Brunei dan secara tidak langsung memberi peluang kepada lebih daripada 247,000 ahli keluarga jemaah haji untuk mengikuti perkembangan semasa pada setiap hari.
Program ini mendapat kerjasama dan kolaborasi daripada Kedutaan Arab Saudi, Kuala Lumpur, Kementerian Penerangan Arab Saudi dan RL Success Global S/B; bagi pihak Iqraa TV di Arab Saudi.
Dalam pada itu, satu peraduan kempen Haji ‘Selangkah Pengabdian’ turut diadakan untuk penonton setia Astro Oasis dengan hadiah istimewa, empat pakej Haji untuk 2010 yang bernilai RM30,000 setiap seorang.
Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.astro.com.my/khabarhaji.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: