
meniarap di bawah meja.
TOLEDO, Amerika Syarikat (AS) - Kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bar di sini menunjukkan satu perbalahan bertukar menjadi adegan tembak-menembak seperti yang terdapat dalam filem keluaran syarikat di Hollywood, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa lelaki bersenjata menggunakan sebuah meja snuker sebagai pelindung bagi mengelak mereka terkena tembakan.
Walaupun lima lelaki melepaskan 17 das tembakan, tidak ada seorang pun orang yang cedera dalam kejadian yang berlaku di sebuah bar di bandar Toledo, Ohio.

Kejadian tembakan di dalam dan di luar bar itu berlaku selama beberapa minit pada Khamis lalu.
Polis menemui 17 kelongsong peluru di lantai manakala pintu depan bar itu dipenuhi dengan kesan tembakan.

Seorang pegawai polis, Don Kenney berkata, pergaduhan itu bermula apabila seorang pekerja bar meminta seorang lelaki yang cuba menjual dadah kanabis supaya beredar.
Polis masih mencari beberapa suspek dan tidak ada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: