Thursday, October 8, 2009

Ke mana Ayu menghilang?


AYU


PENYANYI yang bersuara merdu, Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit yang dikenali menerusi program realiti One In A Million musim kedua tiba-tiba menghilang diri. Hilang? Hilang ke mana?

Kehilangannya berjalan seiringan dengan khabar angin kononnya penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu bakal melangsungkan perkahwinannya dengan seorang duda.

Sebelum ini tidak pernah timbul gosip Ayu bercinta dengan siapa-siapa. Tiba-tiba sahaja ada pihak mendakwa Ayu bakal berkahwin. Entah betul atau tidak hanya Ayu yang tahu kebenarannya.

Pihak pengurusannya ketika dihubungi juga memberitahu pihak mereka gagal mengesan Ayu. Ermm... susahlah kalau sampai pihak pengurusan tidak dapat hubungi, macam mana kerjaya hendak naik? Memang sahlah, Ayu hilang.

Tetapi kalaulah benar gosip yang tersebar itu, awal-awal Marilyn ucapkan selamat pengantin baru. Kalau tidak benar harap Ayu boleh tampil buat penjelasan, janganlah menghilangkan diri begitu sahaja. Nanti bila sampai waktu awak memerlukan, orang media pula menghilang macam mana?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: