Thursday, October 8, 2009

Kartika tidak dipenjara seperti banduan


KARTIKA bersama suami, Mohamad Affendi ketika menyambut Aidilfitri di Sungai Siput, Perak baru-baru ini.


KUANTAN - "Kartika tidak dipenjara seperti banduan tetapi ditahan sementara sebelum proses hukuman sebat dilaksanakan."

Demikian penjelasan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Pahang, Mohd. Azhari Abdul Rahman bagi mengelakkan salah faham mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Kartika Dewi Shukarnor, 32.

Bagaimanapun, Mohd. Azhari menambah, model sambilan pelancongan itu tidak dapat lari daripada dimasukkan ke penjara bagi menjalani penahanan tersebut.

"Penahanan terpaksa dibuat ke atas Kartika atau mana-mana orang yang didapati bersalah oleh mahkamah bagi membolehkan proses pemeriksaan kesihatan dijalankan.

"Ia (penahanan) tidak semestinya enam hari. Kalau hari pertama doktor mengesahkan Kartika boleh menerima enam sebatan itu, dia boleh menjalani hukuman itu sekali gus dan terus dibebaskan selepas itu," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Azhari menyatakan, undang-undang sivil juga ada memperuntukkan penahanan seperti pendekatan yang diambil oleh undang-undang syariah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: