Wednesday, October 14, 2009

Kapas diguna seludup kokain - Wanita sarat mengandung jadi kurier seludup dadah antarabangsa


Nordin menunjukkan jaket yang digunakan untuk menyembunyikan
kapas yang diserapkan dengan cecair kokain milik seorang wanita Filipina yang ditahan di KLIA, Sepang Jumaat lalu.


SHAH ALAM - Taktik sindiket penyeludupan dadah antarabangsa menggunakan wanita sarat mengandung sebagai kurier selain menyembunyikan dadah yang dilarutkan dengan kapas tumpas apabila wanita itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, sepasukan polis menahan seorang wanita warga Filipina yang mengandung tujuh bulan yang sebelum itu dilihat berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan di Bangunan Satelit KLIA pada pukul 9 pagi.

Menurut beliau, wanita berusia 24 tahun itu tiba di KLIA dari Buenos Aires, Argentina pada pukul 6.30 pagi hari yang sama sebelum menunggu penerbangan ke Ho Chi Minh, Vietnam pada pukul 9.05 pagi.

"Kita tahan wanita itu lima minit sebelum dia berlepas ke Ho Chi Minh," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.

Nordin memberitahu, hasil pemeriksaan ke atas sebuah beg galas yang dibawa wanita itu, polis menemui sehelai jaket berwarna kuning keemasan yang lembab dan agak berat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: