Tuesday, October 6, 2009

Kahwin walaupun sedih akibat gempa bumi kuat


RONI dan Evi bersanding di ruang rumah yang tidak rosak akibat gempa di Pariaman kelmarin.


PADANG - Rumah Roni Gustiawan rosak teruk akibat gempa bumi kuat lima hari lalu tetapi kelmarin dengan berpakaian tradisional berwarna merah dan keemasan, dia berkahwin dengan tunangnya yang berumur 25 tahun.

"Kami sudah menetapkan perkahwinan itu diadakan kelmarin dan kami sudah mengedarkan jemputan menyebabkan perkahwinan itu tidak dapat ditangguhkan lagi," kata Roni di depan rumahnya yang musnah.

Dia bercakap selepas majlis perkahwinan itu berakhir dan berehat di dalam khemah yang dihiasi dengan warna keemasan dan merah.


SEBAHAGIAN tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan Roni dan Evi.


Isterinya, Evi Susanti turut memakai pakaian berwarna merah dan keemasan termasuk tudung kepala berbentuk tanduk lembu air.

Seramai 200 tetamu daripada 500 orang yang dijemput hadir pada majlis itu. Pada kejadian gempa bumi kuat yang berlaku pada Rabu lalu menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.

"Saya tidak tahu kenapa gempa bumi berlaku semasa majlis perkahwinan kami namun saya pasrah dan majlis juga dipercepatkan kerana Evi bimbang gempa berlaku lagi," kata Roni.

Menurutnya, dia tidur dalam khemah sejak rumahnya musnah.

"Evi tidur di dalam khemah di rumah ibu bapanya," kata Roni.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: