Wednesday, October 14, 2009

Jolie-Aniston tidak bermusuh


ANGELINA JOLIE



JENNIFER ANISTON


Jolie-Aniston tidak bermusuhLOS ANGELES - Selebriti Angelina Jolie dan Jennifer Aniston bukan bermusuh seperti yang dilaporkan media Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Sebaliknya, dua aktres popular Hollywood itu bersikap tidak ambil kisah berhubung isu yang dimainkan oleh media berhubung perbalahan mereka melibatkan aktor Brad Pitt.

Sebelum ini, terdapat banyak laporan dalam media AS yang menyatakan bahawa kedua-dua wanita itu saling cemburu selain bersengketa kerana berebutkan Pitt.

Hubungan sulit dengan Jolie dikatakan menjadi punca Pitt bercerai dengan Aniston sekali gus menjadi punca permusuhan mereka

Namun, sumber yang rapat dengan mereka memberitahu, keadaan sebenar adalah sebaliknya.

"Jolie langsung tidak ambil kisah, Aniston pula mempunyai pengganti Pitt" kata sumber itu apabila ditanya apa yang akan berlaku jika dua aktres tersebut berjumpa.

"Apa yang kita mahu adalah agar seluruh dunia turut melupakan persengketaan mereka supaya kita semua dapat meneruskan kehidupan masing-masing," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: