MELAKA - Dua buah syarikat dari Jepun dan Eropah dijangka melabur RM100 juta di kawasan industri Halal Hub Serkam di sini khususnya dalam bidang pemasaran yang mana syarikat tersebut akan mengedarkan barangan buatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berpotensi ke pasaran antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, rundingan dengan kedua-dua syarikat terbabit kini di peringkat akhir.
Menurutnya, jika usaha itu menjadi kenyataan, industri Halal Hub Serkam akan menjadi kawasan industri terbesar di Melaka dan mampu menarik lebih ramai usahawan ke sana.
"Kami mengharapkan rundingan tersebut akan menghasilkan keputusan yang baik dan ini akan menguntungkan kawasan industri Halal Hub Serkam," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Md. Yunos berkata, Halal Hub Serkam yang berharga RM12 juta dan akan memulakan operasinya minggu depan telah menempatkan satu unit premis bagi syarikat induk dan 13 lot niaga lagi untuk vendornya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: