Monday, October 19, 2009

Inovasi kosmetotekstil

Menggunakan teknologi penghasilan tekstil bio aktif termasuk formula penyerapan mikro, bagaimanakah produk Lytess bertindak melangsingkan tubuh?




SEJAK dulu, kini dan mungkin selama-lamanya topik berhubung pengurangan berat badan tetap menjadi isu perbualan. Apatah lagi, pada hari ini ramai dalam kalangan kita mengalami masalah obesiti.

Justeru, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika terdapat banyak ubat pelangsing, pil suplemen, program senaman dan juga kelas kaunseling ditawarkan bagi membantu orang ramai mendapatkan saiz badan yang ideal.

Selain itu, promosi-promosi tentang penurunan program berat badan juga banyak diuar-uarkan di media cetak dan elektronik termasuklah papan-papan iklan di lebuh raya.

Ada antara iklan itu menjanjikan bahawa bentuk badan idaman boleh dicapai dalam tempoh dua minggu hingga sebulan. Dalam tempoh itu, kononnya pengguna boleh menyaksikan perubahan saiz pada bahagian pinggang, lengan dan sebagainya dalam masa yang singkat.

"Kami bukan menyangkal kenyataan syarikat-syarikat ini atau pesaing untuk terus memaparkan iklan bagi melariskan produk mereka. Sebaliknya, kami lebih percaya kepada peranan yang dimainkan oleh ahli profesional atau pakar kecantikan," jelas Presiden Lytess, Phillipe Andrieu dari Perancis. Beliau ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Alternatif

Lytess adalah produk terbaru kecantikan dari Perancis yang dicipta khas untuk membantu melangsingkan badan. Ia sesuai dipakai oleh wanita dan lelaki.

"Kami mahu menawarkan khidmat pelangsingan badan secara alternatif.

"Disebabkan kesuntukan masa, hasrat untuk berkunjung ke gimnasium bukanlah satu idea yang bagus. Selain itu, pemakanan ubat dan pil suplemen juga tidak begitu mengujakan. Inikan pula mengikat perut dan menolak makanan kegemaran," katanya.


MEREKA yang mengalami masalah berat badan mungkin tidak perlu lagi terikat dengan pil diet apabila pakaian dalam Lytess masuk ke pasaran Malaysia. - Gambar hiasan


Umumnya, banyak pakaian khas direka untuk membantu melangsingkan badan. Malah ia telah wujud sejak beberapa abad lalu. Kini, konsep yang sama diperkenalkan oleh syarikat Andrieu.

Diperkenalkan pada 2006, produk Lytess merujuk kepada revolusi penghasilan pakaian membentuk badan berinovasi baru. Ia bukan sekadar menyerlahkan lengkungan badan, malah melembapkan kulit sekali gus menjadikannya licin dan lembut.

Disifatkan sebagai satu fenomena global, Lytess dipercayai merupakan jenama pertama yang menggunakan teknologi penghasilan tekstil bio aktif termasuk formula penyerapan mikro yang berkesan. "Menjelang 2020, kira-kira 80 peratus pakaian yang dihasilkan akan mempunyai fungsi tertentu dalam industri kecantikan termasuk perubatan," kata Andrieu.

Kapsul mikro

Justeru, produk pelangsing Lytess diyakini akan diterima ramai kerana ia menawarkan tindakan sokongan serta-merta dan pengguna boleh melihat kesan pemulihan dengan kadar segera.


PHILLIPE ANDRIE yakin pakaian pelangsing yang diperkenalkannya diterima ramai.


Malah, agen kosmetik yang terkandung di dalam berjuta-juta kapsul mikro membantu merangsang bentuk badan dalam masa singkat.

Inovasi itu juga dikenali sebagai kosmetotekstil. Menerusi makmal penyelidikan dan pembangunan di Paris, syarikat Lytess berjaya menemui teknik untuk memerangkap jutaan bahan atau formulasi aktif ke dalam pakaian dalam yang diperbuat daripada sejenis gentian polimer, poliamide.

Formula pelangsingan itu berasaskan tumbuh-tumbuhan dan telah dipaten dan mengandungi kafeina iaitu ramuan yang berupaya untuk menggerakkan lemak tepu. Ia juga digabungkan dengan mentega shea bagi meningkatkan tindakan rangsangan sekali gus menyediakan kesan kelembapan pada permukaan kulit yang lebih licin.

"Rangkaian produk Lytess adalah produk pelangsing badan paling selesa dalam pasaran hari ini. Berbeza dengan stail konvensional, ia mengubah persepsi bahawa produk pakai-bentuk kurang selesa dan ketat."

"Lytess boleh dipakai secara berasingan atau di dalam pakaian dan terasa sempurna bak seperti lapisan kedua kulit," sambungnya dalam bahasa Perancis sambil diterjemahkan oleh Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Lytess, Marc Vautier.

Pengedar tunggal

Diedarkan ke lebih 30 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan kebanyakan negara Asia seperti Hong Kong, Taiwan dan Singapura, Malaysia turut memasarkannya sejak tiga bulan lalu menerusi pengedar tunggal inLife (M) Sdn. Bhd.

"Kami gembira dapat mengedarkan produk menarik dan mengagumkan ini. Kami pasti semua rakyat Malaysia akan menikmati faedah dan melihat perbezaan dalam tempoh 21 hari sekiranya mengamalkan diet yang sihat dan menggunakan produk yang betul," ujar Penasihat Korporat inLife, K.K.Lai.


JENIS-JENIS fabrik yang digunakan untuk menghasilkan produk Lytess.


Hanya lima produk diimport untuk diuji di pasaran tempatan. Antaranya ialah pedal-pusher pelangsingan dan sarung balut kaki pelangsingan Lytess yang mudah dibawa dan tidak menonjol. Produk pelangsing itu memberikan keseragaman optimum dan membentuk badan secara bebas.

Ini diikuti dengan tali pinggang pemulihan Lytess yang dibalut di bahagian abdomen untuk mengecilkan ukur lilit pinggang. Apabila dipakai di dalam pakaian, ia akan bertindak balas secara perlahan-lahan untuk membentuk tubuh yang langsing.

Pemulihan

Tambah Lai, satu lagi produk popular adalah seluar dalam keanjalan pemulihan Lytess. Ia menawarkan tindakan berganda iaitu pemulihan serta-merta dan membantu menghasilkan bentuk punggung yang lebih melengkung.

Seluar dalam itu juga tidak kelihatan menonjol jika dilihat dari luar pakaian.

Pedal pusher antiselulit Lytess pula membantu menghapuskan selulit. Dengan urutan mikro berganda, ia membantu mengatasi masalah selulit dengan mewujudkan tindakan mekanikal melintang dan menegak seiring dengan pergerakan badan.

"Semua produk ini dijamin halal dan boleh dicuci tangan atau mesin basuh. Harganya pun berpatutan," ujar Lai yang menambah lebih daripada 1,000 produk Lytess telah terjual di seluruh Malaysia.

Kandungan bahan aktif akan berkurangan selepas sebulan atau 30 cucian. Bagaimanapun Andrieu menegaskan, ia masih boleh berfungsi sebagai pakaian membentuk badan dan bukannya tekstil kosmetik.


PAKAIAN pelangsingan badan Lytess boleh dipakai secara berasingan.


Bagaimanapun, beliau tidak mengesyorkannya kepada ibu-ibu yang menyusukan anak untuk menyarung tekstil kosmetik itu.

Produk-produk itu berharga dalam lingkungan RM322 hingga RM684. Pedal pusher antiselulit, pedal-pusher pelangsingan dan sarung balut kaki pelangsingan dijual dalam warna hitam manakala seluar dalam keanjalan pemulihan berwarna putih kuning. Tali pinggang pemulihan pula terdapat dalam warna kulit.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Lytess, sila hubungi Peggy Lim daripada inLife (M) Sdn. Bhd. layari laman web www.inlife.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: