Thursday, October 8, 2009

Ifa pun digugur!


Ifa Raziah


MARILYN dapat cerita, bukan saja Norish Karman yang digugurkan daripada drama bersiri Spa Q, bahkan pelakon yang baru mendapat jolokan baru, Ratu Mahkamah, Ifa Raziah menerima nasib sama.

Khabarnya Ifa pun dibuat macam Norish, digugurkan tanpa sebarang keterangan lanjut dan tanpa alasan munasabah daripada pihak produksi.

Walaupun pada awalnya Ifa dihubungi oleh pihak penerbit supaya bersedia untuk ke lokasi pada hujung Oktober, alih-alih dia tak dipanggil ke sesi perbincangan selanjutnya.

Khabarnya tempat Ifa sudah diganti dengan seorang pelakon lain dalam siri ketiga drama popular itu. Nasib badan, tak boleh nak elak. Bila orang sudah tak berkenaan, itulah jadinya.

Kalau benarlah mereka diperlakukan begitu, rasanya tak eloklah.

Kalau masa suka boleh bincang elok-elok, tiba masa sudah tidak suka, kenalah bincang cara baik. Marilyn fikir, baik Norish atau Ifa, mereka boleh menerima kenyataan yang mereka tidak lagi diperlukan, tetapi biarlah diberitahu secara elok. Bukan main senyap saja.

Dalam dok kena 'gugur' tu khabarnya rezeki Ifa tidak berkurang.

"Ifa bersyukur sangat sebab setakat ini tawaran berlakon tak pernah putus diterima daripada semua stesen TV," kata Ifa yang baru menyambut ulang tahun ke-24 tahun.

Katanya, dirinya masih 24 tahun, walaupun sebenarnya umur Ifa 10 tahun lebih tua.

"Tak apalah berapa pun usia Ifa, janji Ifa kata pada diri sendiri, aku baru 24 tahun. Itulah rahsia awet muda Ifa sebab tak pernah fikirkan diri kita sudah berusia," katanya lagi.

Pada ulang tahun ke-34 juga, Ifa mengharapkan agar rezekinya dan keluarga semakin bertambah, diberi keberkatan dan disayangi semua orang termasuk suami, anak-anak, keluarga dan peminat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: