Friday, October 9, 2009

i-Protect melindung sambil menabung


KENNETH WONG menunjukkan tanda bagus pada produk baru, i-Protect di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - TM Asia Life Malaysia Bhd. (TM Asia Life) yakin untuk mencatat jumlah perolehan premium sebanyak RM10 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang menerusi pengenalan produk pelaburan premium berkalanya, i-Protect.

Ketua Pegawai Eksekutif TM Asia Life, Kenneth Wong berkata, i-Protect merupakan produk yang memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan melalui pelaburan mampu milik dengan nilai minimum sebanyak RM100 sebulan.

"Di samping perlindungan yang meliputi kematian dan hilang upaya kekal, pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih segmen sokongan lain bagi memenuhi keperluan perlindungan seperti penyakit kritikal, kad perubatan, kemasukan hospital dan beberapa lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Wong berkata, i-Protect memberikan dua pilihan jenis pembayaran kepada pelanggannya iaitu menerusi pembayaran tahunan apabila mencapai usia 55 tahun atau selepas polisi tersebut berkuat kuasa selepas lima tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: