|
Band indie popular tanah air, Hujan kini kembali dengan muzik yang lebih agresif. Mempertaruhkan Mencari Konklusi sebagai paksi utama Hujan terus bertapak kukuh dalam industri ini. “Pengalaman di United Kingdom banyak memberi inspirasi kepada kami untuk muncul dengan muzik yang lebih matang. Kami cuba baiki apa yang kurang sebelum ini dan inilah hasilnya. Walaupun mengubah haluan daripada Alternatif Rock kepada sedikit sentuhan Brit Pop, namun Noh mengakui tiada apa yang harus digusarkan mengenai penerimaan peminat sekiranya mereka benar-benar peminat setia Hujan. “Kami hanya karyawan yang meminati muzik. Masa depan tuhan yang tentukan. Kami berani mengambil risiko mengadakan tour untuk perkenalkan album baru ini. Walaupun rugi tapi kami tak kisah kerana bila sekali orang dah kenal Hujan, itu satu kelebihan buat kami. “Walaupun mungkin yang datang hanya tiga orang, kami tetap akan membuat persembahan tanda menghargai sokongan peminat,” ujar vokalis Hujan, Mohamad Noh Salleh atau Noh. Hujan semakin diterima. Noh mengakui sikap mereka sebelum ini tidak professional dan digelar kekwat oleh sesetengah wartawan hiburan, namun Noh punyai alasan tersendiri. “Saya akui selepas Hujan mengembangkan sayap ke mainstream, memang agak culture shock juga apabila jadi famous. Tapi selepas banyak yang kami lalui, dipulau band indie yang lain, kami ambil iktibar dan cuba berubah. “Mereka tak lalui apa yang kami lalui jadi boleh kata apa saja yang mereka nak dan saya tak mahu ambil peduli,” luah Noh. Hujan mengembangkan karier di Indonesia dan London sehingga berjaya membuka dimensi baru kepada muzik tanah air dengan lagu popular mereka seperti Bila Aku Sudah Tiada dan Pagi Yang Gelap. Tambah Noh, kemenangan Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik 16 (AIM 16) mencetuskan idea yang lebih hebat untuk karya akan datang.
Susah Masuk Pasaran Indonesia “Kami pergi ke sana atas permintaan. Memang takut juga sebab mereka tak suka band Malaysia. “Kami bawakan konsep muzik yang berbeza dan mereka pula menilai muzik dari sudut yang berlainan. Memang susah untuk diterima, namun masih ada feedback yang positif daripada mereka. “Dimas (anggota Hujan yang berasal dari Indonesia) juga sudah kehabisan suara dan idea untuk ketengahkan Hujan di sana,” luah Noh kesal apabila artis Malaysia susah mencari peluang di Indonesia. Mencari Konklusi telahpun berada di pasaran 18 Ogos lalu dan diterbitkan Noh Phrofile. Untuk album terbaru, Hujan bekerjasama dengan Metadome Sdn Bhd yang akan membuat promosi dan memasarkan album mereka secara digital. Album ini memuatkan tujuh buah lagu diantaranya 2ndairwave, Obsesi, Mencari Konklusi, Kau Harus Ada, Benci, Romantik dan Sangkar Besi. |
Friday, October 16, 2009
Hujan Mengganas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: