
KUALA LUMPUR - Sudahlah duit simpanan RM190,000 dikebas dua orang bomoh, isteri dan dua anak perempuannya turut menjauhkan diri.
Demikian nasib malang seorang bekas juruaudit gara-gara terlalu mempercayai dua orang bomoh yang mendakwa mampu mengubah nasibnya sejak tujuh tahun lalu.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Ng, 51, berkata, episod duka itu berlaku selepas dia dibawa berjumpa dengan seorang bomoh wanita berusia 60 tahun oleh saudara terdekatnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 2003.
"Sebaik menemui wanita itu, dia memberitahu diri saya terlalu malang sebelum meminta wang kononnya untuk urusan sembahyang bagi memulihkan nasib saya," kata Ng ketika ditemui di Biro Pengaduan MCA di Jalan Ampang di sini semalam.
Dia yang percaya dengan wanita itu tanpa ragu-ragu menyerahkan wang RM8,000 kepada wanita itu sebelum bomoh itu memberikan dia sejenis air untuk diminum.
Sejak itu, Ng dari Subang Jaya mendakwa, dia yang seolah-olah dipukau terus membuat rawatan dengan wanita itu sehingga tempoh enam tahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: