Monday, October 5, 2009

Harga telur ayam turun dua sen


ORANG ramai akan dapat membeli telur dengan harga yang lebih rendah bermula hari ini. - Gambar hiasan.





KUALA LUMPUR - Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) mengumumkan harga telur ayam semua gred di Semenanjung akan diturunkan sebanyak dua sen berkuat kuasa hari ini.

Ekoran penurunan itu, harga telur gred AA akan dijual pada harga 24.5 sen berbanding 26.5 sen pada masa ini, gred A, 24 sen (26 sen), gred B, 23 sen (25 sen), gred C, 22 sen (24 sen), gred D 21 sen (23 sen) dan gred E, 20 sen (22 sen).

Perunding Eksekutif FLFAM, Dr. Abdul Rahman Md. Saleh berkata, faktor yang mendorong kepada kejatuhan harga itu kerana pengeluarannya melebihi daripada permintaan.

Menurutnya, merujuk kepada situasi semasa, pasaran telur kini dikuasai pengeluar utama yang memasarkan bahan mentah itu pada skala yang besar.

"Pengeluar atau penternak besar ini, mereka amalkan perkongsian pasaran dalam perniagaan mereka, jika terdapat lebihan (telur), langkah lain perlu difikirkan dan ini (penurunan harga) yang dilakukan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Pada masa sama, Abdul Rahman menolak andaian penjualan harga yang lebih murah itu disebabkan telur itu tidak laku di pasaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: