George Michael (kiri) bersama Kenny Goss.GEORGE Michael menyangkal laporan yang mengatakan dia dan kekasih 'gay'nya selama 13 tahun, Kenny Goss telah berpisah dan menegaskan mereka masih kekal bersama.
Penyanyi itu dikatakan telah berpisah dengan Goss pada Disember tahun lalu setelah Goss dikatakan tidak tahan dengan Michael yang terbabit dengan dadah dan menjalinkan hubungan dengan ramai lelaki lain.
Menurut laporan, Goss akhirnya mengakhiri hubungan itu setelah Michael ditahan di dalam tandas lelaki di Hampstead Heath, London - tempat yang popular untuk 'mencari' lelaki.
Namun, penyanyi itu menafikan tentang khabar angin tersebut dan menegaskan mereka ketika ini berjauhan kerana Goss sedang sibuk dengan persiapan untuk pameran galerinya di Dallas, Texas.
"Perkara itu tidak betul langsung. Kenny berada di Dallas kerana dia memiliki galeri, tetapi dijadualkan akan kembali Jumaat ini. Mereka merancang percutian hujung minggu bersama," kata jurucakap penyanyi itu.
RAHSIA MENJADI CANTIK DAN MENAWAN DALAM 3 MINIT. ANDA INGIN TAHU APAKAH RAHSIANYA ? LAYARI BLOG INI ATAU KLIK TULISAN BERWARNA BIRU DI ATAS :-
ReplyDeletehttp://cantikmenawan3minit.blogspot.com/