Saturday, October 10, 2009

Festival Filem Asia Barat bermula

ABU DHABI 9 Okt. - Hilary Swank dan Demi Moore mewakili Amerika Syarikat (AS) semasa pembukaan Festival Filem Asia Barat Ketiga di ibu negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ini, semalam, manakala penghibur-penghibur Arab turut menjadi tumpuan.

Swank yang mengenakan gaun labuh putih rekaan pereka Lebanon, Elie Saab, dan Moore pula memakai gaun hitam ringkas diserikan dengan rantai mutiara hitam dan permata, mendapat tepukan gemuruh semasa mereka berjalan di atas karpet merah ketika memasuki hotel mewah Emirates Palace.

Filem pembukaan pada festival tersebut ialah 'The Traveller' arahan pengarah Mesir, Ahmed Maher dan dibintangi oleh Omar Sharif, Khalid Abdel Nabi dan Cyrine Abdelnour, yang sebelum ini telah ditayangkan di Festival Filem Venice pada bulan lepas.

Omar tidak menghadiri majlis pembukaan festival tersebut, bagaimanapun Cyrine, dari Lebanon yang melakonkan watak utama buat kali pertama turut menyerikan majlis gala itu di teres hotel bertentangan dengan laut.

Bintang filem Slumdog Millionaire, Frida Pinto merupakan antara wakil dari luar negara yang mengenakan gaun malam atau suit makan malam.

Pelakon dari Mesir, Syria, Tunisia dan Turki turut menyertai kemeriahan pembukaan festival berkenaan, yang bertujuan menonjolkan filem serantau dan menayangkan filem-filem arahan pengarah dari Mesir, Iraq dan Palestin.

Festival tersebut memberi anugerah penghargaan istimewa 'Mutiara Hitam' kepada pelakon Britain Vanessa Redgrave atas sumbangan sepanjang hayatnya.

Anugerah itu disampaikan oleh Swank kepada suami Redgrave, Franco Nero yang merupakan seorang pelakon Itali.

Antara filem yang dijadual ditayangkan ialah 'Son of Babylon' ialah sebuah filem mengenai budak lelaki Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: