![]() |
| RUMUSAN minyak rawatan daripada ekstrak tumbuhan memberikan kesegaran dan keserian kulit. |
MENYEDARI keharuman dan manfaat kecantikan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan minyak pati, Clarins menggunakannya dalam produk rawatan penjagaan kecantikannya selama lebih lima dekad.
Ia membolehkan wanita di seluruh dunia memanjakan diri dengan minyak rawatan istimewa daripada Clarins yang dihasilkan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan asli 100 peratus. Hari ini, Clarins menghidupkan kembali warisannya dengan rumusan minyak rawatan pertama untuk muka dan badan.
Koleksi enam minyak ekstrak tumbuhan itu dinamakan Plant Gold. Ia terdiri daripada minyak bunga orkid biru, santal dan teratai untuk wajah serta minyak tonik, minyak Anti-Eau dan minyak Relax untuk badan. Minyak ekstrak tumbuh-tumbuhan untuk merawat dan mengharumkan ini menggabungkan ciri-ciri fitoterapi dan aromaterapi.
Pengasas Clarins, Jacques Courtin-Clarins mencipta kaedah urutan manual khas yang dinamakan sebagai Clarins Method. Ia menggabungkan khasiat ekstrak tumbuh-tumbuhan dengan unsur penyerapan yang lebih efektif bagi memperoleh kesan optimum.
Semakin lama minyak tumbuh-tumbuhan Clarins menjadi lebih berkesan kerana analisis berpanjangan yang dilakukan.Ia membolehkan penghasilan ramuan yang lebih baik.
Minyak Clarins mengandungi minyak kacang hazel sebagai ramuan utama. Ia juga mengandungi dua hingga empat peratus minyak pati yang dicairkan. Kacang hazel digunakan kerana tekstur cecairnya yang lembut meningkatkan penyerapan. Ia merupakan minyak asli paling stabil kerana kandungan Vitamin E antiradikal bebasnya yang tinggi.
Bagi wajah, minyak teratai biru dirumus untuk kulit kering dan tidak bermaya. Ia memulihkan kesegaran, keserian dan kesihatan kulit menerusi minyak pati ekstrak kayu ros, pokok nilam, orkid dan minyak kacang hazel.
Minyak muka santal yang menyubur, melembut dan menenangkan ini memberi keselesaan kepada kulit yang kering atau mudah mendapat selaran kemerahan. Ia membantu mengembalikan keselesaan kulit dan merangsang epidermis untuk membantu mencegah kehilangan lembapan dan tanda penuaan. Ia diperkaya dengan minyak pati kayu cendana, pelaga, lavender, parsli dan minyak kacang hazel.
Minyak bunga teratai pula sesuai untuk membersih, memulihkan imbangan dan menyerlahkan kecantikan kulit berminyak atau kombinasi. Produk ini terdiri daripada gabungan minyak pati rosemary, camomile, geranium, ekstrak teratai dan minyak kacang hazel.
Produk muka Clarins boleh digunakan pada waktu malam dengan menyapu pada seluruh muka. Ambil beberapa titisan minyak dan hangatkan dengan menggosok kedua-dua belah tapak tangan. Sapukan pada muka, elakkan kontur mata kemudian turun ke leher dan dada. Bagi menikmati faedah maksimum, campurkan beberapa titis minyak dengan sedikit krim malam sedia ada.
Sementara itu, bagi badan pula, dapatkan minyak tonik yang bertindak secara intensif untuk menegang dan mencegah pengenduran kulit. Ia disyorkan khusus untuk kegunaan semasa mengandung atau selepas program menurunkan berat badan. Ia mencegah kemunculan kesan regangan, menghidratkan kulit dan membuat diri terasa lembut bila disentuh. Produk ini mengandungi minyak pati rosemary, kayu ros, geranium, pudina dan minyak kacang hazel.
Sapukan sahaja pada kulit yang lembap dan sebaik-baiknya, pada waktu pagi. Sapu bermula dari buku lali hingga ke paha. Untuk perut, sapu dengan urutan pusaran mengikut arah jam.
Minyak Anti-Eau pula dirumus bagi menghapuskan toksin, merangsang dan menegangkan kulit. Sesuai untuk menentang kesembapan kulit dan menambah keselesaan kaki, ia mencegah penyahhidratan, menjadikan kulit lembut dan selicin sutera.
Anti-Eau mengandungi minyak pati geranium, lemon, marjoram, ekstrak broom, kacang tonka dan minyak kacang hazel. Seboleh-bolehnya, sapukan pada waktu malam, bermula dari buku lali hingga ke paha.
Terakhir sekali ialah minyak Relax daripada ramuan asli untuk rawatan antitekanan yang menenangkan, melegakan ketegangan dan memberikan kesejahteraan. Minyak relax mempunyai minyak pati oren pahit, geranium, selasih, camomile dan minyak kacang hazel.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: