
KUALA TERENGGANU - Keadaan ekonomi negara dijangka kembali pulih tahun depan dengan mencatatkan pertumbuhan yang positif sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Beliau berkata, keyakinan dan andaian itu berdasarkan pergerakan ekonomi dunia sekarang yang menunjukkan ke arah pemulihan.
"Dalam suku pertama dan suku kedua pertumbuhan ekonomi negara kita pada tahun ini mencatatkan pertumbuhan yang negatif dan dunia pun macam itu.
"Bagaimanapun ada baiknya apabila penguncupan pada akhir suku kedua kecil sedikit iaitu 3.9 peratus berbanding sebelum ini penguncupan sehingga enam dan tujuh peratus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvokesyen Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) kedua di sini semalam.
Pada majlis itu, seramai 568 graduan yang mengikuti pengajian tiga tahun di KIST Induk di Bachok menerima diploma masing-masing.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: