Thursday, October 8, 2009

Dua samseng dibelasah 'pondan'


GAMBAR menunjukkan seorang 'pondan' membelasah dua samseng.



SWANSEA, England - Dua samseng tersilap memilih mangsa apabila mereka dibelasah oleh dua lelaki yang berpakaian seperti pondan, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua samseng itu, Dean Gardener, 19 dan Jason Fender, 22, mahu menjadikan dua lelaki itu yang berpakaian seperti perempuan sebagai mangsa buli.

Rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) yang disiarkan di Mahkamah Majistret Swansea menunjukkan Gardener bersemuka dengan seorang daripada dua lelaki itu yang memakai rambut palsu.

Gardener kemudian menumbuk mangsa itu.

Bagaimanapun, mahkamah diberitahu bahawa kedua-dua samseng itu terduduk kesakitan apabila ditumbuk oleh seorang lagi lelaki yang berpakaian seperti wanita.

Kedua-duanya samseng itu kemudian beredar dari lokasi kejadian.

Dua samseng itu yang ditangkap berpandukan imej rakaman CCTV mengaku bersalah kerana berkelakuan agresif sebelum dihukum melakukan kerja komuniti selama empat bulan oleh hakim, memakai tag elektronik dan dikenakan perintah berkurung.

Siasatan polis mendapati dua pondan itu sebenarnya ahli gusti tetapi mereka berpakaian wanita kerana menghadiri parti bujang dengan beberapa rakan lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: