Thursday, October 15, 2009

Dell perkenal komputer riba untuk permainan


KOMPUTER riba Alienware M15x yang berharga hampir RM6,000 mampu memenuhi keperluan pengguna yang meminati permainan dalam talian.


PETALING JAYA - Bagi penggemar dan peminat permainan dalam komputer riba, Dell Inc. (Dell) berjaya memenuhi keperluan kumpulan tersebut melalui pengenalan komputer riba Alienware M15x yang dilancarkan semalam.

Menjadi pilihan baru pelanggan dalam segmen aktiviti permainan berasaskan teknologi maklumat, Dell berjaya mencipta Alienware sebagai produk terkini dan memiliki spesifikasi khas untuk aktiviti permainan komputer dan permainan dalam talian.

Pengarah Perniagaan Konsumer Dell Sales Malaysia Sdn. Bhd., Yeo Swee Key berkata, Alienware M15x merupakan komputer riba pertama di dunia yang menggunakan cip pemprosesan terpantas intel iaitu mobile Core i7 920XM 2.0Ghz.

Ia juga menawarkan imej grafik yang lebih jelas dan tepat melalui kad grafik 1GB Nvidia GeForce GTX 260M dan saiz RAM yang boleh ditingkatkan sehingga lapan gigabit DDR3 1333MHz.

Dalam masa yang sama, komputer riba tersebut memiliki skrin berukuran 15 inci serta pemacu keras bersaiz 320 gigabit 7200rpm dan saiz pemacu kerasnya boleh dinaik taraf sehingga 500 gigabit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: