Sunday, October 18, 2009

Chick Flicks saluran 411 untuk wanita




SETIAP malam hujung minggu pada bulan Oktober ini penuh malan anda dengan hiburan riang di HBO (Astro saluran 411) yang dibawakan khas untuk golongan wanita setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pukul 9 malam.

Filem-filem yang akan ditayang perdana melalui pakej ini termasuklah Mamma Mia!, Forgetting Sarah Marshall, Made Of Honor, dan Satc: The Movie serta banyak lagi filem lain yang juga ke udara dalam segmen Chick Flicks.

Jika ada penonton yang suka menyanyi dan menari sekali-sekala, sila bersedia untuk mengikuti filem Mamma Mia!.

Meryl Streep mengetuai barisan pelakon terkemuka dalam filem muzikal ini yang meraikan golongan ibu, anak-anak perempuan, serta teman-teman lama, dan kemungkinan romantik yang boleh dialami di sebuah pulau Yunani (Greek) yang indah apabila perasaan cinta di udara dan muzik dan tarian.

Filem ini diadaptasi muzikal pentas yang popular dan dengan nama yang sama. Ia penuh dengan lirik-lirik dan melodi-melodi terkenal daripada kumpulan ABBA, dan juga dibintangi oleh Pierce Brosnan, Colin Firth, Christine Baranski, Julie Walters, dan Amanda Seyfried.

Forgetting Sarah Marshall adalah satu pandangan yang lucu dan tulus percubaan sukar seorang lelaki untuk berkelakuan matang, meneruskan kehidupan dan mengatasi luka hati selepas ditinggalkan kekasih.

Jason Segel melakonkan watak pemuzik yang kurang berjaya, selepas ditinggalkan oleh teman wanita bintang televisyen untuk lelaki lain, dan dia pergi ke Hawaii untuk bercuti; tetapi terpaksa berhadapan dengan mimpi yang terburuk iaitu, terserempak dengan bekas teman wanita yang juga bercuti di hotel yang sama dengan teman lelakinya yang baru.

Sudah tentu wanita minat filem-filem di mana watak lelaki mencuba sedaya upaya untuk memenangi hati gadis yang dicintai - Tom dalam Made Of Honor adalah jejaka sebegitu.

Dilakonkan oleh Patrick Dempsey, Tom sudah biasa bergantung pada kawan baiknya Hannah (Michelle Monaghan) yang juga merupakan satu-satunya perkara yang stabil dalam hidupnya.

Ia seumpama satu persahabatan yang sempurna, sehingga Hannah ke luar negara dan Tom tergamam menyedari bagaimana kosong hidupnya tanpa Hannah.

Dia mengambil keputusan untuk melamar Hannah apabila beliau pulang, tetapi terkilan bila dia mendapat tahu bahawa Hannah telah bertunang dengan seorang lelaki Scotland yang kacak serta kaya bernama Colin lakonan Kevin McKidd.

Bila Hannah meminta Tom menjadi pengapit terhormat di hari perkahwinannya, Tom setuju tapi berat hati dan berdoa agar dia boleh berusaha mendapatkannya kembali dan menghentikan perkahwinan sebelum terlambat.

Empat gadis bergaya yang juga kawan karib di Manhattan kembali menghiburkan peminat-peminat setia. Berdasarkan siri ikonik original HBO, Satc: The Movie membawa kembali dan menyatukan semula Sarah Jessica Parker sebagai Carrie Bradshaw, seorang penulis.

Dalam kehidupan mereka dari segi kerjaya, sebagai kekasih dan isteri dan sebagai ibu, serta cabaran-cabaran hidup di New York. Gadis-gadis tersebut menyedari yang persahabatan sejati sangat diperlukan dan tidak akan meninggalkan dunia fesyen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: