Saturday, October 3, 2009

Campbell bintangi Scream 4


NEVE CAMPBELL


SAH! Aktres terkenal, Neve Campbell akhirnya menyatakan persetujuannya untuk kembali membintangi filem sekuel, Scream 4 dengan membawakan watak Sidney Prescott.

Pasti berita ini menggembirakan peminat setia francais filem Scream yang sudah lama menantikan filem sekuel selepas Scream 3 yang diterbitkan pada tahun 2000.

Menurut majalah Variety, dua pelakon utama lain filem tersebut iaitu Courtney Cox dan suaminya, David Arquette juga akan kembali membawakan watak masing-masing.

Namun begitu, hingga ke saat ini tiada sebarang pengesahan mengenai nama sutradara yang akan mengarahkan filem sekuel tersebut biarpun nama Wes Craven sudah dicanangkan akan kembali sebagai pengarah.

Pihak penerbit menjangkakan Scream 4 akan menjalani penggambaran sekitar bulan April atau Mei tahun depan.

Ketiga-tiga filem Scream sebelum ini telah mencatatkan kutipan tiket yang cukup memberangsangkan iaitu RM1.7 billion di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: