
KUALA LUMPUR - A&W Malaysia (A&W), sebuah anak syarikat KUB Malaysia Berhad (KUB), telah meluaskan operasinya dengan pembukaan restoran yang ke-36 dan juga yang cawangan pertamanya di Kedah.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan KUB, Mohd, Nazar Samad, pembukaan restoran A&W yang terletak di Tesco Mall, Sungai Petani itu seiring dengan sasaran syarikat berkenaan untuk mempertingkatkan penguasaan pasarannya dalam perniagaan restoran makanan segera.
"Restoran ini mempunyai kapasiti sebanyak 128 tempat duduk dan memaparkan persekitaran yang ceria dengan konsep terbaru sebagai usaha untuk menarik pelanggan A&W sedia ada dan yang berpotensi di wilayah Utara, khususnya di Kedah,'' katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Menurut beliau, restoran A&W akan menyediakan pelbagai menu istimewa, antaranya menu popularnya ialah Root Beer, Coney Dog, Onion Rings, Mozza Burger dan wafel.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: