
Kesempatan bertemu Black di majlis rumah terbukanya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Black dengan tenang menafikan gadis berkenaan adalah kekasihnya tetapi adalah sekadar teman.
“Tak adalah kak. Gadis itu bukan kekasih saya. Gambar itu diambil semasa majlis berbuka puasa bersama teman-teman dan masa itu bukan kami berdua sahaja tetapi ramai lagi rakan lain yang turut hadir.
“Saya mengaku mempunyai rakan kawan wanita tetapi sekarang ini saya masih ‘single’ dan masih tidak mempunyai teman wanita,” katanya.
Black berkata, gambar-gambar tersebut dimasukkan oleh rakannya yang mempunyai akses terhadap laman Facebooknya.
“Saya sendiri terkejut dan berasa sedikit marah dengan tindakan rakan itu tetapi perkara sudah berlalu. Cuma saya boleh nyatakan yang gadis itu memang bukan kekasih saya,”katanya.
Ditanya tentang kali pertama menyambut Aidilfitri sebagai artis, Black menyatakan sambutan yang diterima begitu berbeza.
“Dulu tiada siapa yang kenal tetapi sekarang keadaanya berbeza sekali. Saya dan keluarga beraya di kampung di Kedah. Memang tak menang tangan kerana setiap masa pasti ada yang datang berkunjung ke rumah.
“Raya kelima saya sudah balik ke Kuala Lumpur kerana keesokannya hari ini saya perlu memenuhi persembahan nyanyian,”katanya.
Protg kepada Mas Idayu itu berkata, dia sudah masuk Studio Ahad lepas dan album solonya dijangka berada di pasaran pada penghujung tahun ini.
“Konsep album Pop Rock dan saya harap ia dapat diterima oleh peminatnya,” katanya yang sudah lali dengan gosip hubungan mesranya bersama Mas idayu yang dipanggil Mummy.
Sementara itu, bapa Black, Hanafiah Che Din,56, yang ditemui sempat menitipkan pesanan kepada anak bongsunya itu supaya tidak muda lupa diri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: