![]() |
| COURTNEY COX |
PELAKON Courtney Cox risau suaminya akan membuatkan anak perempuan mereka dibuang dari tadika. Bekas pelakon sitkom Friends berkata, tadika anak perempuannya Coco, 5, mengamalkan undang-undang yang sangat ketat bukan sahaja untuk pelajarnya bahkan ibu bapa.
"Ia sebuah sekolah yang sangat bagus tetapi mempunyai undang-undang yang sangat ketat. Suami saya, David ke luar bandar dan kami telah beritahu pihak tadika yang kami sedikit lewat.
"Tetapi seorang guru wanita seolah-olah memarahi kami dan mengulangi peraturan yang harus diikut. Kata guru itu, sangat penting untuk kami berada di sekolah dan mengambilnya pada waktu yang tepat," ujar Courtney.
Jelas Courtney lagi, dia hampir tidak percaya terlalu banyak undang-undang yang harus diikuti antaranya, tidak boleh membawa sesetengah makanan ringan kerana terdapat kanak-kanak yang menghadapi alahan. Tidak boleh memakai sesetengah pakaian tanpa alasan yang munasabah.
"Saya tidak pasti bagaimana undang-undang ini dibuat, semua orang tahu Coco sangat suka bergaya dengan pakaiannya. Bila suami saya singgah di rumah dan mengatakan dia sedikit lewat untuk menghantar Coco, saya akan menjadi tidak tentu arah.
"Bayangkan, dia lewat 15 minit dan menyangka sekolah bermula pada pukul 9 pagi walhal sekolah bermula pada pukul 8.20 pagi, maknanya dia telah lewat selama 40 minit. Saya dapat bayangkan wajah guru Coco bila kami lewat," katanya kurang puas hati.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: