Sunday, October 18, 2009

Belajar cakap Inggeris


MAKI HORIKITA


SELEPAS diumumkan pelakon Jepun, Maki Horikita, 21, dan Kenichi Matsuyama, 24, akan terlibat dalam sebuah filem arahan pengarah Amerika, Hans Canosa, pasangan itu, terutama Horikita kini giat belajar bahawa Inggeris dengan baik.

Ini kerana filem adaptasi Memoirs of a Teenage Amnesiac yang diberi judul Dareka ga Watashi ni Kiss wo Shita menggunakan 40 peratus bahasa Inggeris.

Novel tulisan Gabrielle Zevin berkisah tentang pelajar sekolah tinggi yang kehilangan memori akibat kemalangan.

"Pada awalnya, saya terkejut melihat skrip yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Tapi kerana dipujuk pengarah, saya berusaha keras belajar bahasa Inggeris dengan baik," ujar Horikita yang juga berharap peluang berlakon filem ini membuka ruang dia ke persada antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: