Saturday, October 10, 2009

Bara api kapal TLDM belum padam - KD Sri Inderapura terus diselubungi asap tebal, ditunda ke tengah laut


SEBUAH pesawat amfibia cuba melepaskan air ke atas kapal KD Sri Inderapura yang kembali marak terbakar kira-kira satu batu nautika dari Pangkalan TLDM Lumut semalam.



KERATAN akhbar Kosmo! semalam.


LUMUT - Orang ramai khususnya penumpang feri Lumut-Pulau Pangkor di sini gempar lagi semalam apabila melihat KD Sri Inderapura, kapal pengangkut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar pagi kelmarin, kembali marak dijilat api.

Kepulan asap tebal dari KD Sri Inderapura itu dapat dilihat sejauh beberapa kilometer walaupun kapal tersebut ditunda ke tengah laut.

Pada masa yang sama kelihatan sebuah pesawat amfibia Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melepaskan air dari udara bagi memadamkan kebakaran.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Perak Selatan di Bagan Datoh semalam menjelaskan ia bukanlah kebakaran baru.

"Ia adalah saki-baki bara kebakaran semalam (kelmarin) dan langkah mengawal kebakaran sedang diambil oleh TLDM," katanya.

Beliau juga menafikan faktor kecuaian atau sabotaj menjadi punca kejadian yang memusnahkan sebahagian besar kapal berusia 40 tahun itu.

"Siasatan kami mendapati kebakaran itu berpunca daripada litar pintas, maklum sahajalah kapal itu sudah pun berusia lebih 40 tahun," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: