
PELABUHAN KLANG - Jejak sahaja kaki di Bandar Sultan Suleiman di sini, anda pasti menyedari rata-rata penduduk di kawasan itu terdiri daripada warga Bangladesh yang dikatakan telah mula memonopoli kawasan perumahan di situ sejak kira-kira lima tahun lalu.
Malah, jika berkunjung ke premis-premis perniagaan, kebanyakan 'tauke' dan pekerjanya juga terdiri daripada orang asing yang menjadikan kawasan itu tidak ubah seperti 'mini Dhaka'.
Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM), A. Prakash berkata, kemasukan warga Bangladesh ke Bandar Sultan Suleiman disedari bermula kira-kira lima tahun lalu ekoran penambahan jumlah kilang di kawasan perindustrian berdekatan.
"Kalau nak buat perbandingan, lebih 60 peratus penduduk di sini adalah warga Bangladesh diikuti dengan Melayu, Indonesia, Nepal dan Kemboja," ceritanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: