Monday, October 12, 2009

Anum drama penuh konflik dan dendam

Drama berjudul Anum yang dibintangi pelakon popular Zed Zaidi akan memenuhi slot Galeri Famili bermula 5 Oktober 2009, setiap Isnin, jam 9 malam di TV2. Dengan membawa kisah dua saudara tiri iaitu Khir dan Megat yang sentiasa bercakaran sejak dari kecil hingga dewasa, bersaing dalam pelbagai perkara bukan sahaja cinta dan kerjaya malah merebut kasih sayang ibu mereka iaitu Rosmah.

Dalam episod-episod awal Anum mengisahkan kehidupan Megat dan Khir semasa kecil mereka. Seperti anjing dan kucing, saudara tiri ini sering bergaduh walau pun hanya kerana perkara-perkara kecil sahaja walaupun begitu keletah Khir yang selalu mengalah kepada Megat dan sering merajuk tidak pernah diendahkan oleh ibunya Rosmah. Pertelingkahan antara mereka berlarutan sehingga mereka meningkat dewasa namun

Perhubungan dua bersaudara itu terus dingin walaupun mereka bekerja di bawah satu bumbung iaitu di Iskay Sdn Bhd. Megat sering disabotaj oleh Khir sedangkan kenyataannya dia diperkenalkan kepada pengurus Iskay Sdn Bhd oleh Megat sendiri dengan cadangan dan paksaan oleh ibunya. Di bawah syarikat yang sama, Anum seorang gadis bijak dan lemah lembut telah menjadi rebutan oleh Khir dan Iskandar namun dengan pendirian yang teguh Anum memilih Megat sebagai cintanya.

Perasaan hasad dengki yang membuak-buak membuatkan Iskandar merancang untuk membalas dendam terhadap Megat agar perkahwinan mereka berpecah belah. Dalam usahanya itu, Khir telah dipergunakan oleh Iskandar sebagai orang tengah melalui aktiviti penyeludupan dadah. Megat yang disabotaj telah ditangkap oleh pihak polis atas kesalahan penyeludupan dadah.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya sama ada Megat terus dihukum? Atau adakah Iskandar yang ditangkap polis kerana aktiviti haramnya itu?

Drama yang penuh konflik, hasad dengki, perebutan cinta serta kasih sayang ini turut dibarisi pelakon-pelakon terkenal tanah air iaitu Fiz Fairuz, Zaryn Minn dan Roy Azman serta Datuk Jalaludin Hassan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: