Tuesday, October 6, 2009

Ancaman pengganas kekal kuat




LONDON - Perkhidmatan perisikan Britain berpendapat peningkatan ancaman daripada pengganas Islam tidak lagi berlaku tetapi masih kekal kuat dengan pengganas berusaha untuk mendapatkan senjata pemusnah besar-besaran.

Kenyataan itu disiarkan dalam buku yang berjudul The Defence of the Realm yang dihasilkan oleh pakar sejarah dari Universiti Cambridge, Christopher Andrew (gambar).

Buku itu dijual semalam bagi meraikan ulang tahun ke-100 agensi perisikan Britain iaitu MI5.

Andrew mendakwa dalam bukunya itu bahawa agensi perisikan Britain itu lambat untuk memahami bahaya akibat keganasan islam.

Agensi perisikan itu tidak pernah mendengar nama kumpulan Al-Qaeda sehingga satu mesyuarat diadakan di Washington pada 1996 apabila delegasinya diberitahu mengenai Osama bin Laden oleh pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS).

Buku itu menyatakan MI5 kini percaya walaupun serangan pengganas yang besar masih kekal menjadi bahaya yang besar untuk masa depan, peningkatan ancaman daripada kumpulan itu sudah terhenti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: