
![]() |
| Jean Sarkozy |
PARIS - Anak Presiden Nicolas Sarkozy, Jean Sarkozy yang masih berumur 23 tahun memohon jawatan sebagai pengerusi syarikat milik kerajaan yang mengurus pusat perdagangan utama Perancis.
Penyokong kerajaan mendakwa Jean mempunyai kelayakan untuk menerajui syarikat EPAD yang mengurus daerah kewangan La Defense di barat Paris.
La Defense menempatkan sejumlah bangunan pencakar langit yang menjadi ibu pejabat syarikat-syarikat terbesar Eropah seperti gergasi minyak Total dan Bank Societe Generale.
Jean ialah satu-satunya calon untuk agensi kerajaan tersebut tetapi dia masih belajar dalam jurusan undang-undang di Sorbonne.
Calon Parti Sosialis, Segolene Royal yang kalah kepada Sarkozy dalam pilihan raya 2007 menyatakan dia terkejut dengan 'kejayaan' Jean.
"Jika tidak kerana nama, dia mungkin tidak berada di situ," kata Royal kepada stesen radio RTL.
"Tidak ada had langsung, semua boleh. Tidak ada prinsip, tidak ada peraturan," kata seorang Ahli Parlimen, Arnaud Montebourg kepada radio RMC-info.
Montebourg mengkritik 'kaum keluarga Sarkozy' dan mencadangkan agar Jean menghabiskan pengajian dan membuktikan diri sendiri sebelum dia bercita-cita menjadi pengarah agensi yang sangat penting itu.
Selain belajar undang-undang, Jean dipilih menerajui majlis wilayah bagi mewakili bandar Neuilly pada tahun lalu di mana bapanya pernah menjadi datuk bandar selama 19 tahun.
Di Perancis, pegawai yang memenangi pemilihan sering mempunyai beberapa jawatan termasuk dalam beberapa agensi kerajaan tetapi jarang ahli politik dilantik semasa masih belajar di universiti.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: