Saturday, October 10, 2009

Al-Azhar larang pakai purdah ke kelas


SEORANG pelajar universiti memakai purdah di Kaherah pada Rabu lalu.


KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi kelmarin akan melarang pelajar perempuan memakai purdah di kelas dan asrama dalam kawasan pusat pengajian Islam itu.

Keputusan pengharaman itu diumumkan menerusi satu kenyataan daripada Majlis Tertinggi Al-Azhar.

Namun, beliau menjelaskan pemakaian purdah itu tidak dilarang di perkarangan Universiti Al-Azhar sekali gus memperbetulkan laporan media sebelum ini yang mendakwa bahawa larangan tersebut dikuat kuasa di semua kawasan kampus.

"Majlis Tertinggi Al-Azhar memutuskan untuk mengharamkan pelajar dan guru daripada memakai purdah di dalam kelas wanita yang diajar oleh pengajar wanita.

"Larangan itu diperluaskan di asrama wanita dan sekolah yang bersekutu dengan universiti," kata kenyataan universiti berkenaan.

Akhbar-akhbar tempatan pada minggu lalu melaporkan Mohammed Sayyed berhasrat untuk mengharamkan amalan pemakaian purdah di universiti itu.

Mohammed Sayyed berkata, tindakan itu dilakukan bagi membetulkan fahaman agama sempit di kalangan golongan wanita.

Kebanyakan ahli akademik berkata, purdah merupakan satu budaya yang diamalkan dalam masyarakat yang tinggal di gurun Arab sebelum kedatangan Islam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: