![]() |
| FAIZAH dan suami menunjukkan tangan anak mereka yang patah di rumahnya di Baling semalam. |
BALING - Seorang wanita semalam mendakwa kecuaian petugas Wad Bersalin di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani menyebabkan bayinya yang dilahirkan di wad itu kini menderita sakit akibat patah tangan kiri.
Faizah Ibrahim, 28, berkata, selepas melahirkan anak keduanya itu pada 14 September lepas, seorang doktor memaklumkan kepada dia bahawa tangan kiri bayi yang dilahirkan itu telah patah ketika dikeluarkan dan memintanya supaya tidak membuat sebarang aduan.
Katanya, disebabkan bersetuju dengan nasihat doktor itu dan percaya bayinya akan pulih seperti biasa, Faizah tidak mendedahkan kecuaian petugas wad bersalin itu kepada mana-mana pihak sebelum ini.
"Selepas 11 hari di wad, bayi lelaki saya dibenarkan keluar tetapi sekarang tangan bayi saya ini semakin bengkak dan kebiruan.
"Ia melarat sehingga ke tapak tangan manakala tangan sebelah kanannya pula mengalami masalah saraf," cerita Faizah sambil ditemani suaminya, Mohamad Shah Md. Yusof, 28, di rumahnya di Kuala Pegang di sini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: