Thursday, October 8, 2009

2 wanita menunggu pemindahan jantung


WINNIE (kanan) dan Geek Koon bersama peralatan jantung mekanikal di IJN, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang pesakit jantung, Winnie Chen, 24, menaruh harapan untuk mendapat jantung baru secepat mungkin bagi membolehkan dirinya meneruskan kehidupan tanpa perlu lagi bergantung kepada alat jantung mekanikal seperti sekarang.

Beliau yang kini berada pada tahap kritikal kerana telah hampir 14 bulan terpaksa bergantung kepada jantung mekanikal berkata, dia amat memerlukan jantung baru daripada penderma yang sesuai untuk kembali sihat dan membesarkan anaknya, Ang Han Wei, 5.

Sejak setahun lepas, Winnie telah membuat rayuan untuk mendapatkan jantung baru sebelum jantung mekanikalnya berhenti berfungsi pada April tahun depan.

"Saya amat berharap tahun depan saya akan dapat menghantar anak saya pada hari pertama persekolahannya," ujarnya ketika ditemui di Institut Jantung Negara (IJN) di sini semalam.

Winnie kini diletakkan dalam senarai teratas penerima jantung di IJN sejak Jun tahun lalu tetapi sekarang masih belum menerima jantung daripada penderma sesuai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: